Friday, January 22, 2016

Speechless mak!

 

Bila tiba kemalasan aku tu, selalunya kami pun bertandang ke Maulan untuk bersarapan pagi. Hari ni menu aku adalah telur separuh masak + neskepe o. Papabear menom air masak sambil makan nasi kerabu. Masa nak pegi bayar. Semuanya RM4.60. Pitam kejap!

Neskepe o = RM2.00, telur separuh masak = RM2.40, air suam = RM0.20!! Ok. Lepas ni menom kat rumah je ye nak?! Huhu

Tuesday, January 19, 2016

Bekal


Sekarang ni semua benda dah mahal. Jadi mak pun terpaksa la merajinkan diri untuk memasak. Semalam budak kecik mintak kuetiaw tapi sebab kuetiae takder, mak masak bihun sajorklah. Nasib baik la penat memasak dia makan sepinggan. Pinggan dia la.. takde la pinggan mak kan. Hahahahahah.. Lepas ni tak tahu nak masak apa pulak. Mee goreng la kot? Hehe

Friday, January 15, 2016

High expectation!



Pagi ni masa hantar Aisyah ke sekolah aku saja try suruh dia baca al-Fatihah. Mula-mula keluar doa makan. Lepas aku betulkan, dia baca la baris pertama. Lepas tu terus waladdollin.. amin! Hahahahahha.. terkedu mak. Yang tetengah tu takde. Suka hati ko je kan nak! 

But she's 3 yrs old. Apa nak di kata kan? Lagipun sebelum ni aku tak betul-betul mengajar dia. Ni dia dah start masuk sekolah, tengok kawan-kawan boleh menghafal dia pun jadi seronok. So, kena selalu wat sesi hafazan dengan dia. Doakan mak konsisten ye nak? hahahahhaa.. semoga dipermudahkan semuanya. Amin!

Thursday, January 14, 2016

Bintang bintang di angkasa.

Alhamdulillah.. dah nak masuk 2 minggu Aisyah bersekolah. Takde la nak pressure dia ke apa.. tapi sebab aku tak nak nanti dia janggal berkawan dengan budak2 sebaya dia bila masuk lambat ke sekolah. 

Dia memang duduk umah babysitter (BS). Bergaul dengan orang-orang besar. Jadi takut nanti dia bosan dengan budak-budak kecik. Sebab tu la aku masukkan dia ke sekolah. 


Ni gambar 1st day sekolah. Tersangatlah excited! Hahahahhaha.. Lepas 2, 3 hari, kerja dia menangis je ke sekolah. Stress sungguh la aku dibuatnya.


After a while, she managed getting a few stars. Maafkan mak yang tak check baju anak sebelum cuci. Hahahahhahaa.. baru perasan dapat star masa nak gosok baju. Boleh gitu? Teruk tul. Huhuhu.. 

Mula-mula aku ingt dia dapat star disebabkan dia tak pakai pampers kat sekolah dah. Hahahhaa.. rupa-rupanya kalau ditampal kat baju biasa, baju waktu petang maknanya dia ada buat hafazan dan solat. Kalau ditampal ke baju sekolah, maknanya ada la dia buat something dalam kelas. Penaik semangat kata teachernya. Hehe.. alhamdulillah. Dengan harapan lepas ini dia akan bersemangat lagi bersekolah.

Wednesday, November 13, 2013

Friday, November 08, 2013

Nursery or not?

Fakulti baru nak launch nursery baru. Hajat dihati tu memang la nak dekat dengan Wuwul tapi bila pk² balik kesian pulak kat dia. Dia dah biasa bergaul dengan kakak² ngan abang² dia. Huhu... dengan nenek dia lagik.. Dia tu dah ler ada satu pesen punya perangai. Takut pulak dibulinya budak² lain. Hadui...


Takperlah. Takde rezeki nak letak dia kat nurseri sini. Biarlah dia duduk ngan nenek. Huhu..

Thursday, November 07, 2013

It's been a while..

I've been struggling with weight problem since.. I can't remember exactly. Hahahahaha.. But recently, I had joined Jom Kurus TV Alhijrah with Kevin Zahri. In 6 weeks, I managed to lose 5 kg. Huhu.. so now, I promised to myself that I will continue to lose weight and will never give up! InsyaAllah.. Gambatte Nurel Maisura!!

Tuesday, March 19, 2013

Pizza tak masak!


I'm quite a big fan of Dominos Pizza sejak dia ada Extreme Edge Crust nih.. Big fan aka big spender jugak kot? Huhu.. But hari ni is the first time aku complaint pizza dia tak masak!! Stress ok? Sebabnya aku tengah kelaparan tahap dewa.

Dengan hati panas, aku pun p la ke website dia kat bahagian comment tu.. rupanya dia ada tempat untuk complaint. Hehe.. dengan pantas aku anta jer.. pizza tak masak! Pendek jer complaint aku.. dalam tak sampai 15 minit dia punya customer service call aku untuk verify the complaint. Siap tanya pizza ada lagi ke? Harus la ada lagi sebab tak tertelan dik oi!!!

Kalo biasa tak sampai sengah jam satu pizza regular tu aku ngan Pojiah sekali ngap jer.. ada paham? Huhu.. sedih sungguh. Aku kata la ada lagi, nak balik ke? Meh ler amek. Hehe.. So, customer service dia kata nanti rider dia datang kutip balik pizza tu. Amek la... tak caya korang makan la.. 

Pastu disebabkan kes tu diorang kasik 2 pizza regular free. Aku claim balik satu.. tapi lebih kurang jer rasanya.. hari nih punya pembuat pizza tak sedap! Fullsstop!

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive